Perjalanan hari kedua bermula..ini baru cabaran sebenar meredah HongKong..yeah!
3/1/2014
berbekalkan keazaman, hari ni misi ke Disneyland pasti berjaya demi si anak..and si mak.hehe.ayah ok je,maintain cool walaupun nerbes nak lead g sana.
Octopus Card dah ada,Ticket Dieney dah ada,MTR route dah hafal,Roaming ready,duit ada.so lets go!!
nampak dah muka hepi nak jumpa pakcik tikus dia.
ini skil terbaru la utk sesi photografi irfan.scene lari2 ala industan.ibu?control cool la tu..sejuk.
dah penat..
tggu bas nak ke Kowloon Station.amik free shuttle bas K4 tu ler.
nnt sampai Kowloon St baru amik MTR (refer map utk nama MTR Line tu-Tung Chung Line kot) ke Sunny Bay St.kat Sunny Bay St amik Disneyland Line ke Disney St.
Bayaran?pakai octopus card ja..Touch N Go HongKong.
Scene awal pagi..mmg cun.golden time ni and nobody in the bus except us n driver.
MTR station kat Kowloon Station.Klu nak ke Airport ble terus check in kat sini (check-in in the city) tp amik Airport Express.
dlm MTR ni bgs sbb xde kerusi berspan..yg xbgs ialah licin n sakit bontot.
dah sampai sunny Bay St.Nampak dak wajah keterujaan beliau nak naik tren lg..this time naik lak tren Disneyland.di design khas utk Disneyland dgn design Mickey Mouse.
Gaya regangan otot sebab lama sgt..adala dlm 5 mnt ja tggu.bosan konon..ini namanya mengada2
tudia...mai dah..
Muka excited lg..kali ni ada tgkap mickey mouse.ibu pun sama sbb xtau..ayah?cam besa maintain..(sebab dah baca dlm blog org)..haha
bagus..xsangka lak ramai org,igt jumaat xde org..ni org tua2 pun ramai.keje sana ka pakcik?
aksi lepas tgn nak terkam Mickey Mouse (praktis)
HongKong DisneyLand Resort
Yea..dah sampai!!
Macam biasa,aktiviti bergambar depan pintu gerbang la tanda dah sampai.
Sib baik staff disneyland ada tolong amik kan..lama gak duk buang masa adjust kamera kat sini dgn cina2 indon xreti2 nak blah bg org amik gambar.
kat blakang tu ada kolam ngan air pancut mickey naik surf board.xnak g amik pun sdekat2,xde apa yg menarik pun..dr jauh dah la,bg abis sket kodak kamera ni.
Gambar depan gate sebelum masuk..belum buka lg time ni tp org dah ramai beratur.
Tggu punya tggu dapat la masuk..beratur paling depan,tapi xdapat masuk lak sebab ticket sangkut.tiket kami beli tu dia kene scan dulu no siri dia kot sbb beli through agent..kejap je la.klu x maybe plg awal la masuk bratur amik gmbr ngan mickey.haha
akibatnya..
beratur la nak amik gambar.mickey xkan duk meraya2 cam karekter lain sbb depa kan tuan umah..kene la layan tetamu yg datang..so klu nak amik gambar ni,atau anak2 nda meronta 2 nak jumpa mickey maka di sinilah tempat yg anda sepatutnya berada setelah masuk ke disneyland.
hasilnya?
mak bapak skali..ni gambar kamera sendiri.
tapi diorg akan amik gambar kita n nnt ble print kat kedai.kene caj dlm HKD 130 kot.
aku pun dah lupa,ada tercatit dlm buku pengembaraan upinipin aku.
Sesi main lak aku xbrapa sgt la sbb keadaan ipan n org ramai,kami g je mana yg ok and aku xstudy lebih sal tempat2 dlm ni..mmg agak rugi,klu nak kata rugi dulu p s'pore USS lg rugi sbb masuk xmain apa sgt.roller coaster ja..so kira dah sampai pun dah cukup dah.
senang citer mmg byk yg best ble main n tgk..kami naik Minie Pooh ni,Carousel,Jumbo2 tu,Jungle apa ntah,pastu makan sbb dlm ni ada Restoran Halal.. The Tahitian cafe kot.makanan best gak.kenyang and harga standard la around HKD100 per menu.
Play time..
dah habs makan n smyg,beli barang souvenir sket..bg ipan tdo jap sebelum parade kul 3pm.
ooo..utk smyg kami minta kebenaran guna bilik dalam City Hall tu.Bangunan depan skali masa masuk sebelah station keretapi Disney.Minta je la buat muka selamber,sib baik staff laki tu ok and kasi guna tapi dia suh g amik air smyg dl.bilik tu ble guna kejap je.actualy bilik tu utk guest/vip duduk rehat ka..ada sofa.klu nak smyg bwk la alas yg sesuai utk lapik.dah hbs smyg kaur duk depan tu tggu parade lak.
Parade Time..
Parade dah nak mula..harap2 irfan enjoy yg ni.Ni motif kedua bg dia dtg sini.
dah bhs..pertunjukan ni dlm 10mnt ja..tp sepanjang jln dr Castle Snowhite tu ke main entrance..di ulan2 sepanjang jalan tu so jd la dlm masa sejam camtu..kitorg amik video utk irfan buat kenangan2..hasilnya smapai hr ni duk tnya bila nak g lagi..(padan muka)
Next..sesi irfan lak buat parade..ada lg byk masa sblum mlm.nak g naik bot lak melawat tiger.
i really..really..really love this pic!
Wajah hepi-hepi beliau.sib baik xdemam budak ni.
amik gambar je la,sbb org ramai..mls nak beratur.klu anda kaya anda ble beli yg express pass tu utk naik ride.apakan daya,aku miskin.
Naik bot..kenangan paling xble dilupakan sbb irfan nangis masa lalu gunung berapi..haha..satu bot gelak kat dia..yng best,sampai hr ni dia igt and slalu crita kat tok mama dia.kesian kan..budak2.
cina kat blakang tu?..oo tu tourist guide sengau speaking english.cam aku yg lahir kat london ni mmg xfaham la apa dia cakap.tgk geng2 mat saleh yg lahir kat mesia cam faham la atau maybe buat2 faham.
Dah malam..
Lamabt sungguh nak tggu bunga api.Badan dah naik masam dah sehari suntuk duk sini.
irfan please jgn demam esok.sib baik angin sejuk2 HK ni still dapat kurangkan keterikan panas.
Sebab kitorg dtg still musim Krismas and new year, so ada la tempias celebration tu.
Yg paling kelakar buat salji tiruan ni..mmg agak kelakar tapi aku still pelik cam diorg ni xpenah jumpa salji je especially yg dr country yg mmg ada salji..
aku?
aku mmg la jakun sbb salji pun xpenah tgk,so enjoy la skali kejakunan beramai2.
sekian ja la utk perjalanan sehari ke Disneyland.
Gambar Fireworks xde sbb aku xpandai buat setting kamera utk fireworks lg..ibu record pakai Tab je.
Apa yg best kat sini tentulah dia punya Fireworks show.Mmg terbaek la.klu stay kat DisneyHotel mgkin lg terbaek kot,apa ble buat..fully book utk hr aku nak g ni.Klu ada pun pk dua kali gak sebb semalam ja nak dekat HKD1000~~
Lelah blum habis..selepas agak semua dah reda sket,baru la kami menapak pulang mencari MTR ke Nathan Road seperti dtg tadi.
esok?sky Terrace and The Peak!Ngong Ping Cable car cancel,maybe next time.
Comments